Ia ditonton  oleh lebih lima juta pengguna, dan turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, dan malam tadi menemukan pihak media dengan  Mohd Faizol Lokman, 30, seorang mekanik motosikal itu di Kampung Gerong.


Klip video dengan aksi bersahaja Mohd Faizol memboncengkan kakaknya, Kazuraini, 35, menarik perhatian ramai tentang ‘ciptaan budak kampung’ yang berani mencuba dan hanya 
membelanjakan RM50 .


Mohd Faizol berkata, dengan sedikit kemahiran dalam membaiki motosikal, dia menggunakan bahan terpakai iaitu getah yang dari tangki air kereta yang disambung kepada karburetor motosikal.
 

Katanya, dari karburetor itu disambungkan pula paip getah kecil ke satu kotak plastik yang diisikan dengan minyak petrol untuk memastikan motosikal Honda C70 itu  sentiasa hidup apabila meredah banjir.
 

Menurutnya, video yang menjadi viral itu  diambil oleh kakaknya dengan memegang monopod semasa membonceng pada 4 Januari lalu dan kemudian  diedit dengan memasukkan lagu  “Jomblo Happy” nyanyian kumpulan Gamma 1.
 

Video Mohd Faizol Lokman dan kakaknya Kazuraini meredah banjir menaiki motosikal di Kampung Gerong Besut yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sementara itu Mohd Iskandar berkata, usaha Mohd Faizol merupakan lambang kreativiti dan cetusan idea tersembunyi anak muda yang tinggaldi kampung-kampung yang berjaya memanipulasikan minat serta kreativiti mereka.
 

Katanya, jika kreativiti itu digilap dan diberi penambahbaikan besar kemungkinan anak muda itu boleh menghasilkan produk yang komersil untuk digunakan oleh masyarakat terutama  mereka yang bekerja di kawasan yang mudah dinaiki air.
 

“Lazimnya  kawasan bendang atau kebun  terputus hubungan kerana tidak dapat dilalui  ekoran a  berlaku  hujan lebat untuk beberapa 
hari dan keadaan itu menyukarkan pesawah untuk ke sawah bagi meneruskan pekerjaan harian,“ ujarnya. - UTUSAN ONLINE