Apakah menariknya mesin cendol ini? Mesin ini dapat membantu terutamanya para peniaga di luar sana untuk mengurangkan tenaga kerja mereka kerana dengan adanya mesin ini mereka tidak perlu menanggung beban untuk menghasilkan cendol berkualiti yang banyak, sudah cukup sekadar adanya mesin ini.

Contohnya jika kita menggunakan cara menual menghasilkan cendol ia sangat membazirkan tenaga kerja dan penghasilan cendol juga tidaklah banyak berbanding menggunakan mesin ini yang mampu menghasilkan cendol dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding manual. Di situ, kita dapat menjimatkan tenaga kerja malah dapat menjimatkan masa kerana hanya beberapa minit, 6kg cendol dapat dihasilkan dengan pantas dan cepat dengan mesin ini.

Mesin ini juga,mudah dikendalikan dan diselenggara. Ada sesetengah mesin diperbuat daripada besi yang tidak tahan karat dan apa yang uniknya mesin ini, ia diperbuat daripada keluli tahan karat, lebih bagus dan berkualiti berbanding besi biasa dan badan mesin ini tahan lasak dan tidak mudah rosak.

Selain itu, mesin ini juga mempunyai roda bagi memudahkan pengguna mengalih mesin ini mengikut kehendak mereka bahkan amat membantu dalam menjimatkan ruang yang ada.

Apa tunggu lama lagi? Mari miliki mesin cendol yang mudah dan terkini. Modal hanya sekali tetapi boleh digunakan berkali-kali. Pasti berpuas hati memiliki mesin cendol yang hebat ini dan takkan rugi malah membawa keuntungan kepada anda. Dengan memiliki mesin ini, akan lebih banyak keuntungan anda.

Spesifikasi :

Model: Mesin cendol M1

Kawalan: Semiautomatik

Kuasa: Antara 220 hingga 240 VAC / Single Phase 13 A

Kapasiti: Enam kilogram (kg) / minit

Saiz: Lubang mesin cendol 2.5 mm

Bahan: Keluli tahan karat

KELEBIHAN MESIN :

l Tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak.

l Lebih menjimatkan masa penghasilan cendol.

l Dapat menghasilkan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.

l Mudah dikendalikan dan diselenggara.

l Alat ganti mudah didapati di pasaran.

CARA-CARA PENGGUNAAN:

l Terdapat tiga butang di kotak kawalan iaitu up, down dan off.

l Masukkan adunan tepung yang telah diproses ke dalam tabung yang disediakan sebelum operasi dijalankan.

l Tolak butang down untuk memulakan operasi.

l Mesin akan bergerak secara automatik.

Kos pembuatan cendol (30 kali adunan)

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Tepung 1 kg RM2.50

gandum

2 Tepung 1 kg RM2.50

beras

3 Garam 1 bungkus RM 0.50

4 Daun 1 bungkus RM 2

pandan

JUMLAH RM 7.50

KESELURUHAN

Sebungkus cendol 750 gram (g)=RM 2

25 bungkus cendol × RM 2 =RM 50

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan atau maklumat lebih lanjut. Hubungi Zull Design Autotronic (ZDA) Hari Isnin - Jumaat. Masa: Pukul 8.30 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat sahaja). Talian: 03-6092 1928, 012- 733 2066, faksimile 03-6091 4000.

E-mel: [email protected] com.my atau layari laman web ZDA iaitu www. zulldesign.com.my