Itulah keupayaan Anka, UAV kategori Medium Altitude Long Endurance (MALE) keluaran Turkish Aerospace Industries (TAI) yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia ( Natsec) 2018 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula Isnin lalu.

Anka merupakan sebuah UAV difungsikan untuk misi pemantauan dan tinjauan, sesuai de­ngan landskap geografi berpulau serta dikelilingi lautan di rantau ASEAN.

Selain itu, Anka juga boleh difungsikan untuk melakukan serangan jarak jauh dengan kebolehan membawa misil serta dilengkapi peluru sinaran laser.