MoU NGAP 2020 itu bertujuan meningkatkan kualiti produk-produk dalam sektor pembuatan seperti getah, plastik, komponen automotif dan elektronik.

NGAP 2010 itu dijangka menyumbang sebanyak RM10 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 selain mewujudkan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di bangunan Perdana Putra di sini. -UTUSAN ONLINE