Malaysia banyak melahirkan pakar teknologi sehingga negara itu mampu menghasilkan telefon pintar dengan sistem pengoperasian Andorid pertama dunia, Xplore 7.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail melancarkan telefon bimbit pintar berkenaan yang memiliki kemampuan liputan 4G di 98 peratus kawasan di seluruh dunia.

Selain itu, telefon yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, AdvaneTC Group Sdn.Bhd., turut dilengkapi pesanan ringkas satelit dan butang kecemasan.

Menggunakan bateri sebesar peranti itu dapat bertahan selama dua hari dengan sambungan rangkaian 4G atau 30 hari apabila bersambung ke rangkaian satelit Iridium.

Lebih hebat telefon tersebut yang dilengkapi rangkaian Iridium dan perkhidmatan short burst data membolehkan perkhidmatan pesanan ringkas secara dua hala melalui penjejakkan lokasi di mana sahaja di bumi.

Telefon kalis air itu dianggap sebagai telefon paling pintar di dunia kerana beberapa ciri yang ada padanya.

Ia membolehkan pengguna merancang percutian serta dalam masa sama berkongsi lokasi kepada ahli keluarga atau rakan bagi membolehkan insan tersayang tetap berhubung dan memantau keselamatan walau di mana mereka berada melalui aplikasi mudah alih Android dan iOS kami.

Peranti tersebut dijangka akan mula dipasarkan sekitar bulan Oktober tahun ini.