XBox One X dipamerkan semasa Ekspo Hiburan Elektronik di Los Angeles,
XBox One X dipamerkan semasa Ekspo Hiburan Elektronik di Los Angeles, Amerika Syarikat, barubaru ini. – AFP

Sebelum ini dikenali sebagai Project Scorpio, Microsoft mendakwa XBox One X dilengkapi ciri dan spesifikasi paling canggih berbanding konsol permainan lain, yang membolehkan permainan itu dikendalikan berterusan dan bakal memberi kepuasan sebenar kepada peminat permainan di seluruh dunia.

Siri konsol pemainan terbaharu Microsoft itu dilengkapi 1172 MHz GPU (Unit Pemprosesan Grafik), yang keupayaannya jauh lebih baik daripada sebelumnya iaitu XBox One S dengan 914 MHz dan juga pesaing utamanya, Sony PlayStation 4 Pro (911MHz).

Dilengkapi kuasa grafik, persekitaran dan karakter dalam permainan itu akan menjadi "lebih realistik, dengan lebih banyak perincian dan animasi lebih jelas," menurut laman web rasmi XBox.

Selain itu, XBox One X dibina untuk televisyen 4K UHD (Ultra High Definition) yang akan memberikan pengalaman pemainan sebenar susulan permainan tampak lebih hebat berbanding Xbox One S yang hanya untuk High Definition Resolution (HDR).

Apa yang lebih menarik, XBox One X merupakan konsol paling nipis pernah dikeluarkan oleh Microsoft selain reka bentuk warna hitam yang anggun dan minimal. Siri permainan konsol Xbox terkenal dengan saiznya yang besar sebelum ini. XBox One X dijual pada harga US$499 (RM2,130). – BERNAMA