Permainan video berkenaan boleh dimainkan melalui platform Xbox One dan Xbox 360 serta dikenakan bayaran bulanan sebanyak AS$9.99 (RM42).

Pengarah Program Xbox, Larry Hyrb berkata, pemegang kad Xbox Live Gold berpeluang mengakses Xbox Game Pass secara percuma bagi tempoh percubaan selama 14 hari bermula semalam.

“Mereka yang tiada kad Xbox Live Gold perlu menunggu sehingga 1 Jun untuk mendapatkan akses berkenaan.

“Keistimewaan tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kami kepada pemegang kad emas atas sokongan berterusan mereka,” katanya di sini hari ini.

Xbox Game Pass telah diuji oleh ahli terpilih dalam program Xbox Insider pada Februari lalu dengan beberapa tajuk permainan yang terhad.

Sementara itu, Ketua Xbox, Phil Spencer memberitahu, perkara menarik mengenai Xbox Game Pass adalah peminat boleh mencari dan memuat turun kesemua tajuk permainan terus ke dalam Xbox One.

Katanya, ahli Xbox Game Pass boleh membeli permainan yang terdapat dalam katalog dan pelbagai tambahan sampingan pada harga eksklusif.

“Selain itu, permainan baharu akan dimasukkan apabila aplikasi itu dilanggan dan yang lama pula dikeluarkan daripada ruang simpanan. Ini bagi memastikan ruang simpanan yang besar untuk memuatkan permainan baharu,” ujar­nya. – AGENSI