Perkembangan ini bermakna aspek keselamatan telefon pintar seperti imbasan cap jari bakal menjadi antara faktor utama yang perlu diberikan penekanan dan dilakukan penambahbaikan.

Kajian perunding cara statistik antarabangsa, Canalys menunjukkan, setakat suku pertama 2017, sejumlah 22 juta unit telefon pintar berskrin penuh telah di jual di seluruh dunia.

Mengambil peluang daripada perkembangan positif itu, Vivo telah mengambil langkah awal memperkenalkan model terbaharu telefon pintarnya yang didatangkan dengan pengimbas cap jari pada skrin pada pameran teknologi pengguna terbesar di dunia Pameran Pengguna Elektronik 2017 (CES).

Menurut Naib Presiden Kanan Vivo, Alex Feng, teknologi pengimbas cap jari terkini berkenaan akan memberikan pengguna membuka telefon dengan sekali imbasan terus pada skrin peranti berkenaan.

Jelas Alex, teknologi tersebut juga menyelesaikan cabaran industri untuk memberikan pengguna pengalaman pengesahan cap jari pada model-model baharu telefon pintar yang bakal dihasilkan.

“Kajian dan pelaburan pembangunan yang telah dibuat membolehkan Vivo menjadi pendahalu dalam pembangunan penyelesaian pengimbas cap jari yang mana kali pertama kami mempamerkan prototaip teknologi yang berasaskan sensor ultrasonik ini adalah pada Kongres Mudah Alih Shanghai 2017.

“Kali ini, kami memperkenalkan telefon pintar dengan pengimbas cap jari pada skrin yang siap sedia untuk pengeluaran dan peranti ini juga akan disertakan dengan pengesan cap jari optikal yang bakal memberikan pengguna pengalaman mudah alih futuristik,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Alex, Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Vivo bukan setakat untuk membuka telefon pintar tetapi juga menyokong pelbagai senario penggunaan yang mana ciri ini hanya akan diaktifkan bila diperlukan.

Satu antara muka akan muncul pada skrin peranti berkenaan setiap kali imbasan cap jari diperlukan seperti sewaktu paparan terpadam; membuka perisian atau sewaktu pengesahan untuk pembayaran dan lain-lain.

Tarikh penjualan telefon pintar Vivo dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin ini akan diumumkan pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, pihak Vivo Malaysia mengumumkan, peminat telefon pintar model Vivo V7+ dan Vivo V7 boleh mendapatkannya di pasaran negara masing-masing pada harga RM1399 dan RM999. - UTUSAN ONLINE