Kini Blackberry tampil bersama peranti baharu mereka iaitu Blackberry KEYone yang dibawakan oleh TCL Communication di bawah perjanjian pelesenan baharu.

Blackberry KEYone menawarkan ciri-ciri yang yang anda tercari-cari selama ini, kamera yang bagus, paparan dan rekaan terbaik pastinya peranti baharu itu memiliki perbezaan dengan yang lain.

KEYon merupakan gabungan perisian dan keselamatan Blackberry Limited bersama komitmen TCL Comunication untuk menawarkan telefon pintar dengan kualiti tinggi untuk pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, TCL Communication, Nicholas Zibell, rekaan yang ditawarkan adalah antara yang terbaik buat mereka yang menggilai telefon pintar platform Android.

“Kami berbangga dapat memainkan peranan yang penting pada masa hadapan dalam perkembangan telefon pintar Blackberry,” katanya.

Bersama Blackberry KEYone, peranti tersebut anda akan menemukan papan kekunci pintar yang akan memberi tindak balas kepada sentuhan.

Mewarisi teknologi pad penjejak Blackberry, pemilik peranti tersebut dapat melayari laman web, membaca e-mel dan menaip khidmat pesanan dengan lebih lancar dan mudah.

Papan kekunci pintar itu juga boleh diprogramkan untuk 52 jalan pintas (shortcut)untuk pelbagai perkataan.

Sebagai contoh, anda sentuh ‘I’ untuk inbox atau ‘M’ untuk membuka maps.

Peranti itu dijana oleh Android 7.1 yang membolehkan akses kepada Google Play Store dan aplikasi dilaksanakan dengan lebih pantas.

Peranti itu juga turut dilengkapi bersama BlackBerry Hub® yang boleh mengumpulkan semua pesanan yang anda terima dalam satu tempat.

Kelebihan itu juga membolehkan anda mengawal beberapa akaun e-mel serentak dalam satu-satu masa.

Aplikasi itu juga menyokong pelbagai akaun e-mel seperti Gmail, Yahoo Mail, Outlook dan Microsoft Exchange.

Selain itu, kelebihan DTEK™ juga menawarkan kawalan keselamatan dan perlindungan yang berterusan kepada sistem operasi dan aplikasi Blackberry tersebut.

Blackberry KEYone juga dilengkapi bersama Qualcomm® Snapdragon™ 625 dan GPU Qualcomm® Adreno™ 506.

Telefon pintar ini kini telah berada di pasaran Malaysia dan anda boleh menempahnya menerusi rangkaian pemasaran online seperti www.lazada.com.my atau www.11street.my.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.brightstarcorp.com.my.

Spesifikasi Blackberry KEYone

  • Dimensi: 149.1 x 72.4 x 9.4 milimeter (mm)/
  • Berat : 180 gram.
  • Paparan: IPS Capacitive touchscreen, 4.5 inci, 1080 x 1620 piksel.
  • Pelindung paparan : Corning Gorilla Glass 4.
  • Memori : 32 GB / mikroSD sehingga 256 GB
  • Ram: 3 GB.
  • Sistem Operasi: Android OS, v7.1.
  • Pemproses: Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625.
  • CPU: Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53.
  • GPU: Adreno 506.
  • Penderia: Fingerprint (front-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass.
  • Sambungan: HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A Cat9 450/50 Mbps.
  • GPS : A-GPS, GLONASS, BDS.
  • Kamera Belakang: 12 Megapiksel, f/2.0, Video [email protected]
  • Kamera Depan: 8 MP, 1.12 µmega piksel, bukaan f/2.2.
  • Bateri: Tidah boleh dialihkan Li-Ion 3505 mAh
  • Harga: RM2,688.