Digandingkan dengan keistimewaan paparan penuh, fotografi kepintaran buatan (AI) dan teknologi pengenalan wajah yang dinaik taraf, Vivo x21 menggantikan sensor cap jari belakang dengan teknologi Pengimbasan Cap Jari Perakam dalam paparan yang memudahkan pengguna membuka kunci telefon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, gabungan teknologi pembukaan kunci telefon menggunakan paparan skrin dan pengecaman wajah dapat meningkatkan keselamatan telefon mudah alih.

 

“Kami menjadikan ini untuk meningkatkan pengalaman penggunaan telefon kepada pelanggan kami melalui usaha kami untuk inovasi dalam teknologi mudah alih yang paling relevan dengan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah.

Vivo X21 adalah manifestasi komitmen ini. Malah, menerusi teknologi Pengimbasan Cap jari dalam paparan , ini menjadikan sistem pembuka kunci yang selamat dan intuitif ini lebih mudah diakses oleh pengguna, supaya lebih banyak orang dapat menikmati ciri keselamatan ini,” ujarnya.

Selain itu, Vivo X21 ini juga hadir dengan paparan skrin lebih luas sehingga 90 peratus dengan lebar 6.28 inci selain dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 660, ia turut menyertakan RAM sebesar 6 GB dan storan yang sebesar 128 GB.

Vivo X21 dijual pada harga RM2,299 dan berada di seluruh negara bermula 9 Jun lalu di semua kedai konsep Vivo, pengedar sah dan eksklusif dengan DiGi.