Industri permainan video satu lagi aspek yang diterokai oleh TMT berikutan potensi besar e-Sports yang wujud di Malaysia. Bajet RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembangunan e-Sports di negara ini dalam Belanjawan 2019.

Game On menjadi kempen pertama TMT yang memfokuskan kepada semua perkara berkaitan permainan video. Bagi memulakan inisiatif ini adalah pertunjukkan jalanan TMT Game On yang diadakan baru-baru ini. Ia umpama sebuah `taman permainan’ untuk pemain, pemaju permainan dan pereka, pemimpin industri serta peminat teknologi.

Game On akan dikembangkan kepada platform Shopee iaitu e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan.

Bagi mereka yang sedang membina tempat atau bilik permainan video di rumah tetapi memerlukan bantuan menjimatkan ringgit, mereka boleh menuju ke Shopee untuk keperluan dan membayar secara ansuran atas faedah peratusan.

Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mengimbas kod QR pada produk yang diingini untuk membuat pembelian tersebut pada platform Shopee.