Melihatkan keperluan masyarakat kini, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) baru-baru ini memperkenal telefon pintar segmen pertengahan yang baharu dan mampu milik, iaitu Galaxy J7 + yang direka untuk setiap lapisan golongan.

Menurut Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat dan Mudah Alih, Samsung KM Liew, pihaknya berharap dengan kemunculan peranti baharu itu ia dapat membuka potensi penuh dalam kalangan penggunanya.

“Galaxy J7 + memberi segmen pertengahan yang terbaik.

“Kami percaya bahawa pengguna boleh memiliki peranti berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

“Dengan peningkatan sistem kamera, prestasi, paparan dan ciri-ciri utama lain, Galaxy J7 + merupakan ketua telefon pintar segmen pertengahan Samsung yang harus dimiliki,” katanya.

Dengan perkembangan fotografi amatur yang semakin meningkat, Samsung telah membina kamera mudah alih harian yang ideal.

Kedua-dua kamera belakang (13MP f1.7 + 5MP f1.9) membolehkan tahap fotografi telefon pintar yang lebih tinggi, memberi tumpuan yang lebih baik, kedalaman lapangan serta kejelasan yang lebih tajam.

Pengguna juga boleh mencuba foto pseudo-profesional menerusi mod fotografi live focus. Ciri ini membolehkan pengguna menyesuaikan latar belakang (bokeh) walaupun selepas foto telah dirakam.

Di samping itu, kamera belakang dan kamera hadapan juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih baik khususnya untuk mereka foto yang lebih cerah dan lebih menarik dalam keadaan cahaya rendah.

Dengan itu, pengguna kini boleh menikmati seni fotografi cahaya rendah, sama ada pemandangan waktu malam atau makan malam romantis.

Seperti mana peranti perdana Galaxy, Galaxy J7 + dibuat dengan badan unilogam halus dan dilengkapi dengan tiga butang navigasi kapasitif.

Butang home fizikal dihimpit dengan butang back pada sebelah kanan dan butang multi tasking pada sebelah kiri.

Selain itu, sebuah pengimbas cap jari terbina pada butang home juga disertakan selain terdapat sokongan lampu pada butang pelbagai tugasan.

SPESIFIKASI

Platform: Android 7.1 (Nougat)
Pemproses: Octa-Core CPU
Memori: 2 GB Memori Dalaman, 4 GB RAM
Paparan: Super AMOLED 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama: 13 Megapiksel (F1.7) + 5 Megapiksel (F1.9)
Kamera Depan: 16 Megapiksel (F1.9) lampu denyar diod pemancar cahaya (LED Flash), fokus swafoto
Bateri: Li-Ion 3000 mAh
Warna: Hitam dan merah jambu
Sambungan: 4G LTE Dengan Dual-SIM
Harga: RM1,599