Ketua Pengarah Operasi Peranti, Blackberry Ralph Pini, jenayah siber melibatkan telefon pintar semakin meningkat sejak akhir-akhir ini yang memerlukan pengguna perlu melindungi maklumat peribadi mereka seperti maklumat kediaman, maklumat perbankan, gambar keluarga terutama anak-anak kerana amat berisiko terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun disimpan dalam telefon pintar. Bagi pengguna yang berurusan melalui perniagaan, sistem sekuriti juga amat penting dikemaskini untuk melindungi data perniagaan daripada ancaman aplikasi yang berbahaya daripada peranti, hinggalah ke rangkaian dan pelayan (server),

“Kami memandang serius terhadap dasar privasi pengguna. Oleh sebab itulah kami teruja dengan keupayaan peranti yang dibangunkan melalui aplikasi telefon pintar Android terkini.

DTEK50 menggabungkan sistem sekuriti yang unik dan penyambungan yang memaparkan ciri-ciri pemuka Blackberry selari dengan ekosistem Android,” ujar Pini.

 

Apa ada pada DTEK50

* Backberry turut menyediakan pelekat keselamatan tambahan dengan mempertingkatkan nombor rawak, menyemat persijilan dalam sistem operasi Android sebagai langkah tambahan demi menyukarkan penggodam menerobos masuk kedalam sistem aplikasi dan sistem memori.

* Diperincikan dengan FIPS 140-2 Compliant Full Disk Encryption untuk melindungi maklumat sulit pengguna jika peranti ini dicuri atau hilang.

* Perkakasan Root of Trust, sistem pengeluar menggunakan teknik pemilikan sebagai nilai tambah perincian keselamatan dari mula, membenarkan pengguna menjejak, mengesahkan maklumat melalui DTEK50.

* Pelekat Sekuriti Tangkas (Rapid Security Patching) – Blackberry dikenali sebagai penghantar pelekat sekuriti yang paling pantas dan member respons dengan cepat terhadap ancaman bahaya kepada sistem privasi.

* Aplikasi DTEK membenarkan pengguna memantau sistem operasi sebagai langkah mengetahui kewujudan risiko dan mengambil tindakan untuk mengatasinya secara automatik. Pengguna juga turut diberitahu jika ada unsur penggodaman melibatkan gambar dan video, menggunakan mikrofon, menghantar pesanan teks dan mengakses maklumat kenalan.