Menurut Ketua E-dagang Honor Malaysia, Antonio Zhang Chi berkata, model terbaharu ini mengatasi masalah skrin terlalu kecil, simpanan terlalu kecil dan kualiti swafoto yang rendah.

“Honor 7A yang baharu dijangka akan menjadi telefon pintar bajet terbaik yang datang dengan dwikamera iaitu kamera hadapan 8MP untuk mengambil swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama rakan tersayang.

 

“Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan,” katanya.

Telefon pintar dengan paparan penuh 5.7 inci itu akan dilancarkan pada jualan murah Super Honor Day yang akan dijalankan secara eksklusif di Shopee Malaysia pada 8 Jun ini.

Sepanjang jualan murah tersebut, peminat gajet dan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas model telefon berkenaan dan potongan harga sehingga 30 peratus bagi semua produk Honor.

Sementara itu, Pengurus Kategori Shopee Malaysia, Calvin Teng menjelaskan, pihaknya berbangga meneruskan usahasama dengan honor selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan Honor 10.

“Kedua-dua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh e-dagang Malaysia dalam memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.

Honor 7A dijual dengan harga RM479 seunit, namun sepanjang jualan kilat tersebut harga promosi ditawarkan hanya RM429 seunit. Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa Honor 10 yang lalu, Honor 10 edisi Phantom Green yang baharu akan turut dilancarkan pada jualan Super Honor Day tersebut.