Peranti yang berspesifikasi tinggi itu menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi, Kirin 970 dan dijana menggunakan EMUI 8.0, serta sokongan AI terbina dalam pada bahagian aplikasi kamera yang boleh mengenal pasti dan mengoptimasikan rakaman sesuatu objek, serta sokongan terjemahan pantas untuk memberikan prestasi maksimum.

Menurut Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei, pihaknya menerima banyak permintaan dan pertanyaan berkenaaan model tersebut menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menjual model tersebut awal dua bulan kerana percaya mereka mempunyai peminat yang ramai di negara ini.

Katanya, mereka menjalankan kerja-kerja pemasaran seiring dengan kepintaran peranti itu yang mampu berfikir, belajar dan bertindak balas dengan baik dengan memenuhi kehendak pasaran untuk membawa masuk View10 dengan lebih awal.

Kata beliau sejak 2006, pihaknya merupakan jenama pertama yang memperkenal konsep AI iaitu telefon kepada industri melalui peranti Honor Magic.

Menurutnya, melangkaui sempadan telefon pintar yang biasa, Honor mengorak langkah dengan memperkenal View10 yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan spesifikasi yang mantap mengikut kehendak pasaran.

“Honor View10 bermatlamat untuk memberikan pengguna merasai kehebatan telefon pintar yang dikuasakan oleh AI dan menandakan permulaan dunia AI untuk kita semua,” katanya.

Pratempahan dengan set hadiah eksklusif bernilai RM699 meliputi Honor Band A2 dan juga kad ganjaran Final Fantasy hanya terhad kepada 1,000 unit sahaja dan boleh didapati di laman web popular.

SPESIFIKASI

Storan : 6 GB RAM + 128 GB RAM.
Prosessor : Kirin 970
Sistem operasi : EMUI 8.0
Panel pengecasan: USB-C
Kamera: Dwi kanta 16 megapixel + 20 Megapixel
Bateri: 3,750 mAh
Harga: RM2,099
Warna : Biru dan hitam