Sebagai jenama yang terkenal dengan kepakaran kamera, model ini mengambil sebahagian kamera digital Sony dan dihasilkan pada kamera utama yang menawarkan resolusi tinggi 23 megapiksel F/2.0 bersama Hybrid AutoFocus.

Sentiasa ke hadapan dalam teknologi kamera, telefon pintar ini juga dihadirkan dengan kamera belakang yang dilengkapi sensor Exmor RS 1/2.3 inci.

Pengguna pasti akan berpuas hati dengan keupayaannya untuk merakam gambar dalam masa 0.6 saat, menjadikan gambar pada saat-saat paling spontan dapat diambil dengan mudah.

Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16 megapiksel (MP) dan disokong dengan fungsi penstabil imej optikal (OIS) dan lampu swafoto pintar (SSF).

Telefon pintar premium itu hadir dengan skrin 6 inci pada resolusi 1080 pixel dan dijana menggunakan cip MediaTek Helio P20 lapan teras dengan RAM 4 GB dan storan 64 GB.

Telefon pintar ini disesuaikan dengan kegemaran pengguna dan penggunaannya menampilkan kepintaran peranti, sebagaimana ia digunakan satu laginya adalah Qnovo Adaptive Charging semasa pengecasan. Quick Charging mempercepat proses tersebut beberapa jam kepada beberapa minit.

Selain itu, ia juga dilengkapi dnegan ciri-ciri sistem audio SmartAmp dan Clear Audio+ yang dapat memastikan lontaran suara pada pembesar suara lebih tajan dan jelas. Sony Xperia A1 Ultra hadir dalam empat warna pilihan iaitu emas, putih, hitam dan merah jambu.

SPESIFIKASI

Skrin : Paparan definisi tinggi penuh (HD) 5.5”
RAM : 4 GB
SIM : Single SIM, Dual SIM, Nano SIM
Storan : 4 GB/3 GB RAM (256 GB kad microSD)
Berat : 190 g
Dimensi : 155 x 75 x 8.7 mm
Kamera : 23 MP, 1/2.3” Exmor RS sensor, Hybrid Autofocus.
Harga : RM1, 899