Dengan teknologi pengecaman kecantikan AI, membolehkan pengguna merakam swafoto sempurna pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menjadikan F5 sebagai telefon yang sesuai untuk semua jenis pengguna.

Di samping itu, Oppo F5 juga memperkenal akses sensor pengecaman wajah (facial unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Malaysia, William Fang berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menyampaikan teknologi swafoto terkemuka dunia untuk pengguna menikmati kemudahan dan mempunyai pengalaman fotografi swafoto terbaik.

“Dengan F5, pengguna boleh menangkap swafoto yang sempurna dalam apa jua keadaan. Selain itu, kami berbesar hati dan mengalu-alukan beberapa selebriti baru terkemuka untuk menyertai Oppo. Keperibadian dan imej mereka hebat dan terserlah, dan kami rasa itu adalah padanan sempurna dengan jenama kita,” katanya.

Pengecaman kecantikan AI mengumpulkan maklumat dan mempelajari ciri-ciri wajah khusus orang yang berlainan daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia.

Jurugambar profesional dan artis solekan dirujuk semasa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menyebabkan teknologi AI. mempunyai keupayaan untuk mencontohi kemahiran profesional yang dapat membantu swafoto kelihatan lebih menarik.

Di samping itu, pengecaman kecantikan AI akan mengenali tona kulit dan jenis, jantina dan umur subjek dan membuat penyesuaian menurut pangkalan datanya.

Dengan lebih daripada 200 ciri-ciri wajah yang diimbas, pengecaman kecantikan AI. mampu mengesan wajah anda dengan terperinci dan mencantikkan swafoto.

Pengurus Produk Oppo Malaysia, Ken Ng pula berkata, keperibadian itu juga penting kerana masalah pengesuaian gaya untuk perisian kecantikan juga diselesaikan.

“Sebagai contoh, penambahbaikan swafoto tidak akan menjadi feminin untuk pengguna lelaki. Kanak-kanak atau bayi juga tidak akan menerima penambahbaikan yang membuat mereka kelihatan seperti orang dewasa.

“Oppo boleh membantu mereka menonjolkan wajah yang terbaik. Pengecaman Kecantikan AI adalah sistem pintar yang mampu mencatatkan lebih daripada 200 tempat pengiktirafan pada muka.

“Oleh itu, teknologi ini boleh memberikan anda peningkatan kecantikan yang paling sesuai, tidak kira apa ekspresi ataupun sudut muka,” katanya.

Falsafah reka bentuk yang diselaraskan oleh Oppo F5 adalah ciri unibody yang anggun dan menawarkan penampilan langsing tanpa apa-apa pemotongan. Tambahan pula bentuk melengkung yang sesuai untuk telapak tangan juga menampilkan rupa yang ayu dan elegan. Telapak tangan pengguna tidak akan berasa letih walaupun menggunakan peranti untuk masa yang lama. Rentetan laser 0.4 mm diukir pada peranti F5 adalah peningkatan halus yang menambah butiran kepada badan peranti.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi buka kekunci cap jari. Pembaca cap jari kini berada di belakang badan peranti untuk merestui reka bentuk skrin hadapan penuhnya.

Unit pemprosesan pusat (CPU) utama Octa-core menggunakan lebih kurang tenaga, menghasilkan kurang haba sambil memberikan kelajuan prestasi yang lebih tinggi dengan peningkatan prestasi 40 peratus berbanding dengan versi Color OS sebelumnya.

 

Kagum dengan imej

Pada majlis pelancaran Oppo F5, duta produknya Fattah Amin berkata, sebagai seorang pengguna Oppo, dia kagum dengan kualiti imejnya, terutama untuk swafoto.

“Apabila mereka menunjukkan kepada saya F5 yang terbaru ini, saya terpegun dengan swafoto saya yang nampak semula jadi dan sempurna,’’ ujarnya.

Ikon swafoto Yoga Lin berkata, dia kagum dengan kualiti swafoto yang dirakam oleh Oppo F5.

“Sekarang, swafoto saya nampak berseri dan semula jadi dengan pengecaman kecantikan AI,” ujarnya.

Oppo F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto yang lebih baik.

Kamera Oppo boleh memberikan kesan ‘bokeh’ dan HDR depan menyelesaikan masalah pendedahan melampau.

Tempoh prapesanannya bermula dari 2 November hingga 13 November lalu dan mula dijual dari 11 November dan seterusnya dengan prapesanan boleh dibuat di luar talian kedai konsep Oppo dan sebanyak 888 tempat jualan rasmi di seluruh negara atau di laman rasmi Oppo dan dari laman rakan kongsi Oppo dengan e-dagang.

Dua model lain juga boleh didapati kemudian iaitu edisi F5 6GB dan F5 Youth yang akan memberi peminat Oppo lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan mereka.

Spesifikasi

  • Paparan: 6 inci paparan skrin Penuh 2160 x 1080 skrin resolusi tinggi dengan nisbah aspek 18:9.
  • Memori: Memori RAM 4 GB + memori 32 GB color OS 3.2
  • Kamera: Kamera depan 20 MP dengan bukaan f/2.0 dan kamera belakang 16 MP dengan bukaan f/1.8.
  • Bateri: 3200 mAh dengan teknologi pengoptimum berterusan (Continuous Optimizing Technology) untuk mengurus aplikasi yang berjalan dalam peranti berterusan sehingga 12 jam
  • Warna: Hitam dan emas.
  • Harga: RM1, 298.