Peranti tersebut menerima sambutan yang amat menggalakkan ketika pra penjualannya menerusi atas talian.

Menurut Ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei, pihaknya berbangga kerana berjaya berada dalam barisan lima teratas syarikat yang berjaya mencatatkan jualan terbaik telefon pintar jenama masing-masing.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan daripada peminat kami dan pengguna yang membantu syarikat mencapai tahap ini.

“Honor 7X merupakan peneraju kepada gabungan nilai dan ciri-ciri yang diperlukan pengguna seperti paparan yang luas tanpa masalah biasan serta sesuai untuk pelbagai lagi ciri-ciri yang terkini,” katanya.

Bermula 22 Disember lalu, Honor 7X berada di pasaran antarabangsa pada kadar harga RM1,099.

Pelanggan terawal yang membeli Honor 7X menerima sarung (casing) Lords Mobile sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Honor di htttp://ww.hihonor.com/my atau lama Facebook Honor Malaysia.

SPESIFIKASI

Jaringan: GPRS, EDGE, 3G, 4G LTE
HSDPA: 42.2 mbps & HSUPA : 5.76 mbps, LTE Cat 4 150/50 Mbps SIM Berkembar.
Dimensi: 156.5 x 75.3 x 7.6 mm.
Berat : 165 gram (g).
LED Notifikasi : Ada.
Paparan: 5.93 inci IPS LCD.
Resolusi: 1080 x 2160 piksel, ~ 407 ppi, Corning Gorilla Glass 4.
Sistem operasi: Android v7.0 Nougat EMUI 5.1.
Pemproses: Hi Silicon Kirin 659.
CPU : Octa-core (4×2.36 GHz Cortex-A53 & 4×1.7 GHz Cortex-A53).
GPU : Mali-T830 MP2.
RAM: 4 GB.
Memori: Dalaman 32/64/128 GB, Luaran256 GB.
Kamera Belakang: Dual 16 MP + 2 MP, Pengesan fasa autofocus, Lampu denyar LED , Video [email protected] kerangka sesaat.
Kamera Depan: 8 MP.
Penderia: Cap jari, Accelerometer, Proximity dan Kompas.
Warna: Hitam , Biru Emas.
Bateri: Li-Ion 3340 mAh
Harga: RM 1099.