Ingin sentiasa menjadi peneraju dalam produk telekomunikasi, Huawei kali ini hadir dengan Huawei MediaPad T5 yang pastinya memberi pengalaman baharu buat pengguna.

Pengarah Pemasaran Kumpulan Perniagaan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd., Luke Au berkata, tablet tersebut yang dilengkapi penyimpanan sehingga 456 gigabit (GB) membolehkan anda menonton filem atau rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana jua melalui skrin berdefinisi tinggi untuk skrin besar.

“Huawei MediaPad T5 direka khas untuk memberi hiburan, reka bentuk, prestasi dan kualiti yang lebih baik.

“Didatangkan dengan skrin seluas 10.1 inci lengkap dengan definisi tinggi penuh (FHD) membolehkan gajet ini menawarkan sesuatu yang unik untuk setiap pelanggan,” katanya.

Kerisauan ibu bapa terhadap penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak terutama terhadap tahap penglihatan dapat dikurangkan apabila gajet terbaharu ini turut 
dilengkapi mod mata keselesaan yang dipertingkatkan bagi membantu kesihatan mata.

Ibu bapa kini boleh menetapkan had penggunaan dan mengawal kandungan melalui Children Corner.

“Selain itu, melalui bimbingan postur yang ditawarkan pastinya 
membantu kanak-kanak mendapatkan kedudukan terbaik ketika menggunakan gajet seperti mereka akan menerima amaran 
peringatan untuk tidak membaca menggunakan tablet dalam posisi berbaring,” katanya.

Sistem operasi: Android 8.0, EMUI 8.0

Paparan: 1920 X 1200

Saiz : 243 x 164 x 7.8 mm

Berat : 460g

Prosesor : Octa-core proces sehingga 2.36 GHz

Memori : Sehingga 256 GB menggunakan microSD

Kamera belakang : 5 Mp

Kamera depan : 2 Mp

Bateri : 5,100 mAh

Harga: RM999