Hari ini, teknologi telefon pintar sekali lagi mengalami revolusi apabila gajet tersebut mampu memudahkan urusan sama ada di sektor kerajaan, swasta mahu pun pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Menerusi telefon pintar juga, pengguna tidak perlu lagi membawa komputer riba bagi sesi pembentangan atau mesyuarat apabila Scand.a memberi kelebihan dalam interaksi sosial.

Clover Consulting International Limited dengan kerjasama Guangzhou Super Grand Electronic baru-baru ini memperkenal telefon pintar projektor itu yang mampu memudahkan urusan kerja mahu pun sosial di hujung jari.

Ketua Pegawai Eksekutif Clover Consulting International Limited, Tengku Faizwa Tengku Razif memberitahu, telefon pintar tersebut bukan sahaja membawa keriangan malah mampu melengkapi kehidupan harian seseorang.

“Bukan sahaja didatangkan dengan empat pilihan warna ceria, malah melalui telefon pintar ini juga mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan dengan menonton filem, konsert, program siaran langsung ataupun berkongsi kenangan melalui skrin besar yang dipancarkan melalui telefon pintar.

“Malah sesi pembelajaran dan perniagaan juga lebih mudah dengan menggunakan telefon pintar ini.

“Teknologi ini membawa perubahan baharu dalam kehidupan apabila segala urusan dalam dilakukan melalui telefon pintar tanpa perlu membawa komputer riba, ia sekali gus memudahkan perjalanan,” katanya. – AQILAH MIOR KAMARULBAID.

SPESIFIKASI:

SIM: Dual SIM
Dimensi: 154 x 75 x 11 milimeter (mm)
Resolusi: 1280 X 720 pixel
Sistem Operasi: Android 7.0 (Nougat)
Projektor: 12-200 inci
Memori binaan dalam: 64 GB, ditambah bersama slot kad mikro sehingga 64 GB.
Kamera: Utama 13 MP, Kamera depan 8 MP
Penderia: Cap jari, OSRAM LED untuk projektor
Bateri: 4500 mAh
Warna: Hitam, merah, biru, kelabu
Harga: RM2,488