Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Samsung tawar 
sarung telefon EXO

KUALA LUMPUR 11 Julai – Samsung Malaysia Electronics menawarkan sarung telefon edisi terhad Samsung Galaxy Friends x EXO buat peminat kumpulan dari Korea Selatan, EXO-L di Malaysia.

Menurut Samsung Malaysia, mereka yang berminat mendapatkan sarung telefon itu perlu menjadi 500 pembeli Samsung Galaxy S8 berharga RM3,299 pada program jelajah S8 bermula 13 sehingga 16 Julai ini.

Katanya, 500 pembeli Samsung Galaxy S8 di South Court, Mid Valley Megamall berpeluang membawa pulang sarung telefon Samsung Galaxy Friends x EXO secara percuma.

“Penebusan hadiah percuma mesti dibuat pada hari sama pembelian lokasi promosi ini dan sementara stok masih ada.

“Sarung telefon Samsung Ga­laxy Friends x EXO hanya boleh digunakan pada Samsung Galaxy S8,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi mereka yang ingin men­getahui maklumat lanjut, boleh layari http://www.samsung.com/my/offer/s8-exo-roadshow/.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain