Menurut laman web rasmi Samsung, syarikat itu akan mengadakan sambutan Samsung Galaxy Unpacked bertempat di Park Avenue Armory, New York City bermula pukul 10 pagi.

Acara pengumuman pelancaran Samsung Galaxy Note 8 tersebut dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

“Model baharu yang sememangnya dinanti-nantikan ini direka khas bagi mereka yang bergerak merentasi halangan bagi melakukan banyak perkara-perkara penting.

“Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui penstriman video di http://news.samsung.com, www.samsung.com dan www.samsungmobilepress.com,” jelas syarikat itu.

Laman web itu juga memaparkan imej skrin menyerupai Samsung Galaxy S8 dan ini menguatkan lagi kebarangkalian Note 8 akan dilancarkan.

Galaxy Note 8 dilaporkan bakal hadir dengan paparan melengkung yang sedikit besar berbanding versi paparan 6.2 inci dalam telefon pintar Galaxy S8.

Te­lefon berkenaan juga a­kan dilengkapi dengan ciri teknologi terbaik selain mempunyai dua kamera belakang se­perti yang terdapat dalam telefon pintar keluaran pesaingnya.

Penganalisis meramalkan peranti berkenaan menjadi platform penting untuk melonjakkan keuntungan terbaik syarikat bagi April hingga Jun.

Counterpoint Research menjangka Samsung kembali me­rampas kedudukan sebagai pengeluar utama telefon pintar global.