Model tersebut mendapat sambutan baik di seluruh dunia dan menerima lebih 30 anugerah pada Kongres Mudah Ali Sedunia (MWC) 2018 baru-baru ini, termasuk Best New Connected Device dan Best Mobile VR or AR.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, Samsung S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di laman sosial.

“Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks dalam kalangan pengguna semakin berkurangan sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi.

“Samsung sememangnya sentiasa menjadi perintis dalam fotografi telefon pintar yang hebat kerana itu kedua-dua produk baharu ini diperbaharui dari segi reka bentuk dan mempertingkat fungsi kameranya,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua produk itu kini hadir dengan ciri AR Emoji baharu serta kamera yang mempunyai fungsi super slow-mo dan super slow light yang mampu membantu pengguna mengalami pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa, disesuaikan untuk setiap pengguna mengikut keunikan individu.

Galaxy S9 dan S9+ pada harga antara RM3,299 hingga RM4,399 di semua gedung Samsung di seluruh negara.

Model terbaru itu ditampilkan dengan pilihan warna hitam, biru dan ungu dengan kapasiti storan dalaman 64 GB bagi model S9 dan S9+, manakala 128 GB dan 256 GB hanya untuk S9+ serta keupayaan tambahan memori sehingga 400GB dengan kad memori SD.

Spesifikasi Galaxy S9

Sistem Operasi: Android 8 (oreo)
Paparan: 5.8 inci Quad HD + Curves Super AMOLED (570 ppi)
Saiz: 147.7 milimeter (mm) X 68.7 mm X 8.5 mm
Berat: 163 gram
Kamera belakang: Dwipiksel pantas 12 megapiksel (MP)
Kamera depan : 8 MP
Memory: 4 GB RAM, 64 GB+ dengan keupayaan tambahan memori sehingga 400 GB dengan kad memori SD
Bateri: 3,000 mAh dengan kecepatan mengecas dengan QC 2.0, mengecas tanpa wayar dengan WPC dan PMA.

Spesifikasi Galaxy S9+

Sistem Operasi: Android 8 (oreo)
Paparan: 6.2 inci Quad HD + Curves Super AMOLED (529 ppi)
Saiz: 158.1 mm X 73.8 mm X 8.5 mm
Berat: 189 gram
Kamera belakang: Dwipiksel pantas 12 megapiksel
Kamera depan: 8 MP
Telefoto: 12 MP, sensor autofocus (AF).
Memory: 6 GB RAM, 64 GB/ 128 GB/256 GB dengan keupayaan tambahan memori sehingga 400 GB dengan kad memori SD
Bateri: 3,500 mAh dengan kecepatan mengecas dengan QC 2.0