Kelebihan tersebut membolehkan pemiliknya melayari dunia media sosial seperti Facebook, YouTube, dan Instagram dengan lebih sempurna dan lancar.

Pastikan anda sentiasa kelihatan menarik bersama Asus BeautyLive, ZenFone Live ketika melayari Facebook atau Instagram secara langsung.

ZenFone Live turut dilengkapi bersama kamera hadapan 1.4 mikrometer piksel dan lampu denyar diod pemancar cahaya (LED) bagi memudahkan anda merakam gambar swafoto dengan lebih jelas dan terang.

Gajet tersebut juga memiliki fon mikro berkembar untuk memastikan tiada gangguan bunyi bising sekitar rakaman suara atau perbualan dilakukan.

Selain itu ia juga memiliki lima pembesar suara bermagnet yang inovatif, pintar untuk kesan audio yang lebih baik serta paparan 2.5 D bersama kemasan metalik yang sangat menarik.

Didatangkan bersama reka bentuk yang terkini serta warna Hitam Navy, Asus ZenFone Live kini boleh didapati di kedai gajet pintar.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Asus di www.asus.com.

SPESIFIKASI ASUS ZENFONE LIVE:

Storan dalaman: 16 GB.
Kad mikro SD: Sokongan sehingga 128 GB.
Google Drive : 100 GB ruangan percuma (2 tahun).
Berat: 120 gram (g).
Dimensi: 141.18 x 71.74 x 7.95 milimeter (mm)
Pemproses CPU: Qualcomm® Snapdragon™ Quad-Core.
Kamera hadapan: 1.4 um (mikrometer) piksel, 82˚ sudut pandangan luas, bukaan f/2.2.

Memori: 2 GB LPDDR3.
Harga: RM599