Memahami keinginan itu, Vivo Malaysia memperkenal model utama telefon pintar baharunya, Vivo V11 dan V11i yang mempunyai dual kamera AI dengan 12 megapiksel (MP) dan lima MP dengan apertur sebesar f/1.8 serta kamera depan dengan 25 MP.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, model terbaharunya ini merupakan gandingan kamera kepintaran buatan (AI) bagi gambar yang lebih tepat dan reka bentuk yang futuristik.

“Memenuhi keinginan pengguna, kami membuatkan sesi fotografi lebih mudah dengan menggunakan Kamera AI kami, menambahkan perkhidmatan AI yang lebih pintar dan memperkenal Teknologi Pengimbasan Cap Jari Perakam Dalam Paparan untuk siri V buat pertama kalinya.

“Kami akan berusaha untuk membawa pembaharuan inovasi dan pengalaman terbaik kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia,” katanya ketika pelancaran telefon pintar berkenaan di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Tambahnya, kamera V11 juga dikuasakan dengan Pengesan Dual Piksel dengan 24 juta unit fotosensitif bagi cahaya yang sensitif serta teknologi autofokus dengan standard DSLR selain dilengkapi dengan skrin paparan penuh Halo FullView.

V11 boleh didapati pada harga RM1,699 manakala V11i pula berharga RM1,299 dan telah dijual secara rasmi bermula 15 September lalu.

Perbezaan kedua-dua peranti itu ialah Vivo V11i mempunyai spesifikasi lebih rendah serta tidak mempunyai teknologi pengimbas cap jari pada skrin.