Inovasi warna juga menjadi pilihnan pengguna, apatah lagi mereka yang mementingkan daya penarik gajet yang dimiliki.

Oppo meneruskan lagi keterujaan peminat-peminat jenamanya melalui kemunculan edisi Oppo F9 Starry Purple yang baharu.

Meskipun model ini bukan terkini tetapi keunikannya tetap ditampilkan dengan warna yang elegan.

Bertemakan warna ungu, kemunculan warna baharu edisi terhad ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada O-Fans iaitu peminat jenama itu yang setia menanti keluaran-keluaran terbaharu jenama berkenaan.

Pengarah Penjenamaan Oppo Malaysia, Nikki Chenberkata, edisi ini masih mengekalkan ciri revolusi Oppo F-Series yang dilengkapi dengan dwi kamera belakang 16MP+2MP bagi membantu kesan bokeh yang menakjubkan apabila merakam gambar dan pengecasan hanya lima minit untuk dua jam waktu berbual.

“Pengguna kini telah menjadi semakin celik teknologi dan sentiasa mencari telefon pintar terbaik bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka sama ada dalam penampilan dan pelbagai fungsi.

“Oppo F9 sememangnya mampu memenuhi keperluan tersebut melalui teknologi eksklusif Oppo VOOC Flash Charge selain mempelopori skrin estetik titisan air dengan kecerunan rekaan warna dan pencapaian terbaiknya apabila 32 unit terjual setiap minit semasa hari pertama jualannya. Kami mengharapkan pencapaian yang lebih pada kali ini dengan Starry Purple,” katanya.

Di samping itu, Oppo turut menjalankan kolaborasi bersama jenama kosmetik antarabangsa, Shiseido yang telah memghasilkan kotak edisi terhad ekslusif bagi rona terbaharu F9 tersebut.

Kotak edisi terhad ini didatangkan dengan gincu Shiseido bermodel Rouge Rouge dalam tona Primrose Sun bernilai RM108.

SPESIFIKASI

Oppo F9 Starry Purple dengan kerjasama Shiseido ini ditawarkan pada harga RM1,399 seunit.

Dimensi: 156.7 x 74 x 8 mm 
(6.17 x 2.91 x 0.31 in)

Berat: 169 g

Sistem operasi: Android 8.1 (Oreo); Saiz 6.3 inci

Resolusi: 1080 x 2340 piksel, 19.5:9 kadar (~409 ketumpatan ppi)

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 6