Lebih mengujakan, iPhone X yang dicipta begitu pintar sehingga boleh bereaksi hanya dengan satu jelingan, kini anda boleh ucapkan selamat datang kepadanya.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah Pencahayaan Potret dalam mod Potret yang menghasilkan kualiti kesan pencahayan persis seperti di dalam studio.

Menerusi iPhone X baharu itu juga membolehkan penggunaan Emoji yang sering dijadikan ikon dalam mengimpresikan perasaan dengan cara yang lebih kreatif.

Anda boleh milih mana-mana ikon Emoji dan rakamkan impresi wajah anda (swafoto) untuk ditiru oleh ikon Emoji.

Hantarkan ikon tersebut kepada rakan atau ahli keluarga anda pastinya ia lebih menarik berbanding ikon Emoji lama.

Menerusinya anda boleh memaparkan panda, monyet atau robot yang berada di dalam diri anda yang sebenar.

Terdapat 50 pergerakan otot yang boleh ditiru menerusi aplikasi tersebut oleh 12 ikon Emoji.

iPhone X memiliki paparan seluas 5.8 inci, Super Retina yang kemas di genggaman dan terbaik buat pandangan mata.

Paparan tersebut menggunakan beberapa teknik dan teknologi terkini direka tepat mengikut setiap lengkungan reka bentuk iPhone X.

Ia juga merupakan skrin OLED yang pertama yang memenuhi standard iPhone, bersama warna yang tepat, warna hitam yang sebenar, keterangan yang begitu jelas dan memiliki kadar perbezaan 1,000,000 kepada satu.

Selain daripada itu, iPhone X turut dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuklah kamera yang memiliki penderia khas untuk Pengenalan Wajah (Face ID).

Kini wajah anda adalah katalaluan dan aplikasi tersebut merupakan cara terbaik dan persendirian dan unik untuk membuka dan menutup paparan gajet pintar.

Ia juga memiliki lapisan kata tahan lasak terbaik dalam kalangan telefon pintar, di hadapan dan belakang sebagai perlindungan

kepadanya.

Gajet pintar itu juga boleh di caj secara wayarles, ia kalis air dan juga habuk serta dengan satu sapuan lembut anda akan dikembalikan ke dunia maya dengan begitu pantas.

Face ID tersebut berfungsi bersama kamera TrueDepth dan mudah untuk di set selain mampu menganalisis lebih daripada 30,000 titik yang tidak kelihatan agar dapat mengesan dan mengecam bentuk wajah anda dengan lebih terperinci.

SPESIFIKASI IPHONE X

Berat: 174gram (g).
Dimensi: 143.6 x 70.9 x 7.7 milimeter (mm)
Sistem Operasi: iOS 11.
Saiz Paparan: 5.8 inci.
Resolusi paparan:1125x2436.
CPU: A11 Bionic.
RAM: 3GB.
Storan: 64GB / 256GB
Bateri: 2716mAh.
Kamera belakang: 
12MP+12MP.
Kamera hadapan: 
7 megapiksel (MP).