Menurut Pengarah Negara (Malaysia) Sony Mobile, Andrew Cheong, pihaknya sentiasa berusaha menjadikan telefon keluaran mereka lebih produktif.

“Kami yakin dengan fungsi baharu ini, pengguna kami dapat menikmati teknologi seni Sony pada telapak tangan mereka seperti paparan HDR 4K untuk pengalaman tontonan sempurna.

“Ketika kami memasuki fasa baru Xperia X siri ini, kami berharap agar dapat terus menyampaikan produk yang berkesan serta inovatif,” katanya.

Sekali lagi, Sony Mobile bekerjasama dengan pasaran dalam talian, 11street apabila jenama berkenaan sentiasa menjadi asas inovasi teknologi.

Buat kali pertama, Xperia XZ Premium menjadi peranti yang mempunyai 4K HDR, (2160 x 3840) paparan 5.5 inci.

Menerusi peranti ini, pengguna memperoleh pengalaman Sony yang benar-benar unik apabila menggunakan teknologi televisyen Bravia Sony untuk memberikan pengalaman tontonan 4K HDR pada telapak tangan anda.

Apa yang lebih mengagumkan adalah kecerahan, warna, kejelasan dan kontras direalisasikan untuk mewujudkan tahap realisme yang membuatkan pengguna berasa sebagai sebahagian dari peristiwa yang dipaparkan pada skrin.

Kualiti paparan yang lebih jelas diperkaya dengan teknologi asli Sony iaitu Triluminos Display, X-Reality dan Enhancer Contrast Dinamik.

Pengguna juga boleh menikmati pemilihan kandungan HDR 4K dari Amazon Prime Video pada Xperia XZ Premium. Muat turun siri Amazon Originals untuk menonton bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan warna yang sangat jelas.