Era baharu gaya hidup yang mengujakan kini tiba dengan pelancaran jenama Ecovacs Robotics di negara ini, apabila robot-robot berinovatif yang akan menerajui pembersihan rumah masa hadapan diperkenalkan.

Ecovac Robotics, jenama pembersih hampagas robotik terbesar rantau Asia Pasifik, baru-baru ini telah memperkenal model robot pintar yang telah terbukti keupayaannya sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu, buat kali pertamanya di negara ini.

Pembersih lantai Deebot dan pembersih tingkap Winbot merupakan anatara barisan model-model yang turut diperkenal pada hari pelancaran tersebut.

Menurut Naib Presiden, Saluran Jualan dan Pemasaran Global Ecovacs Robotics, Jonathan Tang, pengenalan produk tersebut adalah sebagai tambahan terkini dan lebih canggih produk-produk pembersihan kediaman khususnya buat mereka yang terlalu sibuk bekerja dan kehidupan seharian.

“Kami kini sedang giat membangunkan lebih banyak robot pembersihan rumah yang inovatif dengan membuat pelaburan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

“Hasrat utama kami menghasilkan teknologi baharu ini adalah untuk memastikan produk dari Ecovacs Robotics digunakan dengan pengawasan yang cekap dan minimum,” katanya.

Deebot, robot serba boleh untuk pembersihan menyeluruh dihadirkan dengan sistem motion (bergrak) pintar dan pelbagai mod pembersihan yang merangkumi pembersihan ruang lantai yang lebih luas.

Lebih istimewa, pengguna boleh mengawal setiap aspek kebersihan rumah hanya dari tapak tangan menerusi aplikasi Ecovacs.

Bagi Winbot pula, ia merupakan robot pembersih tingkap yang mempunyai ciri inovatif serta teknologi canggih yang membolehkan pembersihan pantas dan berkilauan dengan hanya snetuhan butang.

Capaian luar biasa kabel dan proses pembersihan empat peringkat membolehkan rekaan ini membersihkan lebih banyak jenis tingkap.