Menurut portal berita CNBC yang memetik kenyataan JPMorgan berkata, bagaimanapun tele­fon pintar itu hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad bagi kelua­ran kali pertama.

Selain itu, beberapa laporan juga berpendapat bahawa produk Apple itu tidak akan dilancarkan sehingga Oktober atau Disember tahun ini berikutan beberapa isu berhubung kegagalan peranti untuk membaca cap jari melalui skrin.

“Kami tidak percaya jadual pengeluaran Apple berubah secara drastik dengan laporan kelewatan terkini tidak bercanggah dengan keputusan syarikat itu membuat kemunculan semula pada musim bunga ini.

“Kami menjangkakan sedikit kelewatan pada September bagi Perkhidmatan Pengilangan Elektronik (EMS) bagi pengeluaran untuk model Pro dan pengelua­ran kemudiannya melonjak pada Oktober sekali gus membolehkan sasaran dicapai pada penghujung Oktober dan awal November,” katanya di sini hari ini.

Menurut laporan itu lagi, harga jualan iPhone Pro dijangka meningkat susulan kenaikan kos pengeluaran dengan purata harga jualan dianggarkan meningkat AS$100 (RM428) kepada AS$1,100 (RM4,715) sebuah.

Telefon iPhone Pro menawarkan pelbagai ciri baharu antaranya skrin OLED yang lebih cerah dan berwarna, pengecasan tanpa wayar dan pengecaman wajah. – AGENSI