Kelebihan tersebut seiring strategi syarikat yang mula mengeluarkan telefon pintar model LG G6 dan disambung pula pada LG Q6.

Menurut Presiden LG Electronics Mobile Comunications Company, Juno Cho, teknologi OLED Full Vision menawarkan paparan imej terbaik buat peranti masa kini terutamanya telefon pintar.

“Pakar dalam teknologi ini lama berada dalam LG dan segmen ini memiliki potensi besar dalam faktor tambah nilai dalam produk telefon pintar LG.

“Ia juga dilihat amat relevan dalam dunia persaingan sengit telefon pintar masa kini dan kami merasakan inilah masa yangsesuai untuk memperkenalkan teknologi ini (OLED),” katanya.

Rata-rata pengguna kini memilih untuk menggunakan peranti yang memiliki paparan yang lebih luas untuk tontonan yang lebih memuaskan.

Walaubagaimana pun, paparan yang luas memerlukan gajet yang juga luas dan kurang selesa untuk dipegang dengan sebelah tangan.

Oleh yang demikian, LG tampil dengan teknologi paparan Full Vission sebagai kelebihan utama dalam mengurangkan keselesaan tersebut tanpa perlu mengurangkan keperluan pengguna.

OLED secara ringkasnya merupakan teknologi terkini buat paparan FullVision yang menawarkan kualiti paparan yang tinggi, keterangan dan kejelasan imej yang terbaik buat telefon pintar.

Dijana oleh 4.15 juta piksel QHD (1440 x 2880), skrin OLED menawarkan ketepatan warna dan kepelbagaian spektrum warna berbanding paparan kristal cecair (LCD) biasa.

Antara kelebihan lain OLED adalah jangka masa tindak balasnya adalah amat pantas iaitu 10 saat lebih laju daripada LCD.

Kelebihan itu memainkan peranan penting ketika pengguna peranti pintar menonton movie, merakamkan video dan ia juga menyokong format HDR10.

Bersesuaian juga dengan rekaan paparan telefon pintar masa depan menggunakan plastik OLED yang dikenali sebagai P-OLED kini setiap hujung ini boleh dilengkungkan bagi memastikan keselesaan pengguna.

Rekaannya juga akan lebih ergonomik dan mudah untuk dipegang dengan biarpun hanya sebelah tangan.

P-OLED merupakan piksel yang diletakkan ke dalam substrat plastik yang mana lebih kuat berbanding kaca.

Seterusnya paparan itu juga dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass 5 untuk kelebihan anti retak.

Di samping itu, paparan P-OLED yang diperkenalkan baru-baru ini juga bebas isu mudah terbakar dari dalam seperti mana yang berlaku pada paparan OLED terdahulu.

Namun, apa yang lebih penting, paparan itu juga menjimatkan tenaga kerana proses pengkapsulan mengurangkan kadar oksidasi piksel menjadikan penggunaan bateri yang mampu bertahan lama.

 

SPESIFIKASI

Rangkaian: GSM / HSPA / LTE

Dimensi : 8.9 x 71.9 x 7.9 mm (5.86 x 2.83 x 0.31 in)

Sistem operasi : OS Android 7.0 (Nougat)

Berat : 163 g (5.75 oz)

Binaan dalam : Bahagian depadan belakang ; Kerangka aliminumium (Gorilla Glass 5)

SIM : SIM tunggal (Nano-SIM) atau hibrid SIM berkembar

Kamera: 13 megapiksel

Paparan : Skrin sesentuh LCD IPS

Saiz : 5.7 inci, 84.1 sentimeter persegi )

Resolusi : 1440 x 2880 piksel , 18:9 ratio (~564 ketumpatan piksel setiap inci (ppi)

Bateri: Li-Po 3300 mAh