Menaip khidmat pesanan ringkas juga amat mudah biarpun tanpa melihat paparan pad kekunci seolah-olahnya jari-jemari penulis pada ketika itu sudah sebati bersama butang pad kekunci telefon tersebut.

Kini, Nokia membuat kemunculan semula telefon tersebut namun dalam versi skrin yang lebih menarik dan memiliki kamera.

Masih mengekalkan reka bentuk seakan-akan sama seperti model asalnya tetapi masih mengekalkan jangka hayat bateri model asal iaitu 1200 mAh.

Fungsinya juga masih mengekalkan keaslian model asal namun dalam versi yang lebih menarik seperti skrin paparan yang berwarna 1080p seluas 2.4 inci berbanding model lama hanya skrin monokrom.

Telefon tersebut juga memiliki slot kad memori yang boleh menempatkan kad mikroSD berkapasiti 32 Gigabit (GB) dan kamera belakang hanya dua megapiksel (2 MP).

Mengembalikan ‘ketenangan’ daripada kekalutan media sosial, percaya atau tidak Nokia 3310 sengaja direka tanpa semuanya, Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya yang berkaitan.

Bagaimanapun, satu-satunya yang menjadi kegemaran pengguna telefon ini dahulu adalah permainan klasik ularnya - Snake, turut diperbaharui.

Model 3310 sememangnya pengimejan semula model klasik dengan gaya moden, jadi tidak rugi untuk anda mencubanya. dan untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Nokia https://www.nokia.com/en_my/phones.

SPESIFIKASI NOKIA 3310 (2017)

Jaringan saluran: 2G
Sistem operasi OS: Nokia Series 30+
SIM: SIM tunggal (Mini-SIM) atau Dual SIM (Mini-SIM, dual untuk sokongan
Dimensi: 115.6 x 51 x 12.8 milimeter (mm)
Memori: Dalaman 16 MB, tambahan - microSD sehingga 32 MB
Bateri: Li-Ion 1200 mAh (sedia diguna sehingga 600 jam dan masa berbual sehingga 22 jam
Warna yang tersedia: Merah (Glossy), Hitam Biru (Matte), Kuning (Glossy), Kelabu (Matte)