Menurut portal Gadgets 360 memetik laporan Korea Economic Daily, LG Chem telah melabur berbilion-bilion won dalam usahanya menghasilkan bateri berbentuk L untuk ke­gu­naan iPhone tahun de­pan.

Menurut jurucakap LG Chem, pihaknya tidak dapat memberikan respon terhadap syarikat pelanggan sementara pihak Apple tidak dapat dihubungi bagi mengulas berita terbaharu itu.

Saham LG Chem me­ningkat 3.7 peratus pada sebelah pagi dan ia merupakan peningkatan ter­tinggi sejak April 2016.

Dalam pada itu, LG Electronics melancarkan model telefon pintar baharu, Q8 dengan pelbagai ciri premium seperti harga yang kompetitif dan menyerupai LG V20 tetapi dalam versi yang lebih kecil.

Telefon pintar tersebut dikuasakan pemprosesan Snapdragon 820 SoC dengan 4GB RAM. Selain itu, Q8 juga tahan lasak terhadap air dan debu (IP67) serta mampu bertahan pada kedalaman air sehingga 1.5 meter selama 30 minit. – AGENSI