Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lenovo lancar Motorola Z2

KUALA LUMPUR 9 Julai – Lenovo melancarkan telefon pintar baharu, Motorola Z2 Play di Malaysia, sebagai pengganti Moto Z Play yang diperkenal tahun lepas.

Pada majlis pelancaran berkenaan di sini pada 6 Jun lalu, Lenovo juga memperkenalkan empat lagi telefon pintar dalam keluarga Motorola, iaitu Moto C Plus, Moto C, Moto E4 dan Moto E4 Plus.

Moto Z2 Play boleh diperoleh dalam Lunar Grey dan Fine Gold di semua pe­nge­dar sah Le­no­vo Mobile dan outlet runcit di seluruh negara pada har­­ga runcit RM1,999.

Ia dibina dengan reka bentuk unibody alunimium, de­ngan paparan 5.5 inci, kamera utama 12 mega­piksel dengan teknologi dua pik­sel dan penyimpanan 64GB ROM dan 4GB RAM.

Beroperasi dengan Android 7.1.1 Nougat, telefon pintar Moto Z2 Play memberi tumpuan kepada memberi prestasi baik dan hayat bateri yang hebat tanpa memberi beban kewangan kepada pengguna.

Moto C Plus dijual dngan harga RM539, Moto C (RM399), Moto E4 (RM639) dan Moto E4 Plus pula RM799. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain