Dikenali sebagai Produk Tahun Ini , Huawei Mate 10 Pro juga didakwa merupakan salah satu peranti pintar paling berkuasa di dunia.

Dikuasakan oleh artificial intelligent (AI), Huawei amat memahami kehendak pengguna lalu menghasilkan telefon pintar yang dapat memenuhi keperluan tersebut.

Menurut Pengarah Negeri, Bahagian Perniagaan Peranti Huawei Malaysia, Bill Liu, model baharu tersebut bakal membawakan suatu pengalaman baharu kepada peminatnya.

“Kami amat teruja dengan penerimaan orang ramai terhadap model tersebut, sama seperti penerimaan terhadap siri P, siri Nova dan variasi yang lainnya.

“Apa yang pasti ia akan menjadi tunjang kepada perniagaan, sekali gus menjadi pendorong kepada kami untuk menawarkan produk yang lebih baik kepada pengguna ,” katanya.

Semasa program promosi dan pratempahan, model tersebut habis dalam jangka masa hanya sejam sahaja menjadikan ia sebagai penanda aras yang baik terhadap produk jenama berkenaan dalam kalangan pengguna di negara ini.

Seperti juga pendahulunya, model berkenaan juga dilengkapi bersama pelbagai kelebihan seperti pengesan cap jari binaan dalam dan juga kalis air dan habuk.

Ia juga memiliki kamera Leica berkembar bersama lensa Summilux-H. Di dalam kamera tersebut, Huawei menggabungkan penderia 12 megapiksel RGB dan 20 megapiksel monokrom.

Peranti pintar itu juga dikuasakan oleh EMUI 8.0 dan ciri-ciri baharu Android 8.0.

Maklumat lanjut layari di http://consumer.huawei.com.

SPESIFIKASI

Sambungan : GSM / HSPA / LTE
Dimensi : 154.2 x 74.5 x 7.9 mm (6.07 x 2.93 x 0.31 inci).
Berat : 178 g (6.28 oz)
Binaan : Kaca depan dan belakang, kerangka aluminum.
SIM : SIM tunggal.
Jenis paparan : skrin sesentuh Amoled, 16 M warna.
Saiz : 6.0 inci.
Resolusi : 1080 x 2160 piksel.
Perlindungan : Corning Gorilla Glass.
Sistem operasi : Android 8.0 (Oreo).
Cipset : HiSilicon Kirin 970.
CPU : Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A73 & 4x1.8  GHz Cortex-A53).
GPU : Mali-G72 MP12.
Slot memori : Kad 128 GB, 6 GB RAM atau 64 GB, 4 GB RAM.
Kamera : 12 MP (f/1.6, 27mm, OIS) +20 MP (f/1.6, 27mm).
Harga: RM3,099.