Bersifat lebih privasi dan personal, telefon pintar kini bukan lagi sekadar alat untuk berhubung.

Segala aktiviti seharian banyak bergantung kepadanya.

Diinspirasikan oleh kuasa sentuhan, HTC baru-baru ini menampilkan HTC U11, telefon pintar pertama yang didatangkan bersama teknologi revolusi interaksi genggaman baharu.

Direka khas untuk anda bersama rekaan, bahan dan pengalaman baharu yang dapat menilai kelebihan dalaman, minat, kreativiti dan individualiti, HTC U11 menawarkan ciri-ciri terbaik dalam telefon pintar.

Antaranya, HTC Edge Sense, dimensi baharu dalam sentuhan interaksi bersama telefon dan permukaan cecair (Liquid Surface), rekaan unik yang pastinya mencerminkan keperibadian anda.

Specifikasi HTC U11
 

Seterusnya HTC Usonic, fon kepala yang terkini, dibina khas untuk audio personal yang turut memiliki Penamatan Bunyi (Noise Cancellation).

Seperti mana telefon pintar lainnya, HTC U11 juga dilengkapi kamera dan lebih manis kameranya merupakan antara yang menerima anugerah kamera terbaik dalam barisannya.

Terakhir, HTC U11 juga dilengkapi bersama HTC Sense Companion, Google Assistant dan Amazon Alexafor yang akan membantu melancarkan tugas-tugas sebuah telefon pintar.