Kedai pertama seumpamanya di rantau Pasifik Selatan berkeluasan 4,476 kaki persegi berkenaan antara lain menyediakan kepada para pelanggan khidmat baik pulih dan rundingan produk persendirian selain pelbagai perkhidmatan lain.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Huawei, pembukaan kedai utama berkenaan adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama telefon pintar kedua terbesar di negara ini dan bersesuaian dengan peningkatan ketara pengguna peranti keluaran syarikat tersebut di Malaysia.

Sempena pembukaan kedai itu juga, Huawei telah memberikan sebuah pembesar suara SWAN dan satu produk eksklusif kepada 100 pelanggan pertamanya yang membuat pembelian bernilai RM1,000 ke atas.

Satu acara lelongan amal turut diadakan pada hari pembukaan tersebut yang mana sejumlah RM7,200 telah berjaya dikumpulkan dan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Malaysia. - UTUSAN ONLINE