Tiga telefon pintar dengan pelbagai spesifikasi dan harga yang berbaloi itu adalah Infinix Zero 4, Infinix Zero 4 Plus dan Infinix Hot 4 Pro.

Hadir dengan kelebihan masing-masing, Infinix Zero 4 merupakan telefon pintar bersaiz sederhana dan dilengkapi kamera utama 16 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 8MP.

Bagi model Infinix Zero 4 Plus pula, terdapat sedikit perbezaan dari segi spesifikasi dengan Infinix Zero 4 apabila spesifikasinya lebih tinggi.

Kedua-dua model ini direka dengan tujuan fotografi apabila dihadirkan dengan penstabil imej optikal pada lensa kamera utama.

Oleh demikian, kedua-dua peranti ini mampu menghasilkan gambar yang tajam dan memuaskan, sekali gus dapat memberi kepuasan kepada pengguna yang gemar mengambil gambar.

Selain itu, kedua-dua peranti ini beroperasi menggunakan sistem Android Marshmallow dengan rangkaian 4G, 3G dan 2G.

Sementara itu, model Infinix Hot 4 Pro pula lebih memfokuskan kepada penggunaan multimedia dengan ketahanan bateri sehingga 48 jam.

Walaupun ia merupakan peranti bersaiz paling kecil antara ketiga-tiga yang lain, namun dari segi audio, model ini tidak kurang hebatnya apabila dihadirkan dengan Dirac Stereo Widening.

Infiinix Hot 4 Pro juga beroperasi menggunakan Android Marshmallow dan ketiga-tiga peranti ini bakal dinaik taraf kepada versi 7.0 Nougat tidak lama lagi.