Keluar daripada kepompong lazim, penawaran model ini menampilkan inovasi berfokuskan kepada aspek penggambaran dengan sokongan tiga kamera beresolusi 12MP dengan teknologi variable aperture (bukaan) f/1.5 dan f/2.4, lensa 12MP (f/2.4) dengan keupayaan dua kali zoom dan lensa ketiga beresolusi 16MP (f/2.2) untuk penggambaran bersudut luas.

Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, D.J. Koh berkata, siri ini ditawarkan dalam tiga versi iaitu Samsung Galaxy S10, S10+ dan Galaxy S10e yang mempunyai fungsi tri-kamera.

“Sejak dilancarkan 10 tahun lalu, Samsung sentiasa ingin membawakan inovasi yang premium untuk memberikan kepuasan dan pengalaman penggunaan yang memuaskan kepada pengguna dalam memilih peranti yang terbaik.

“Selain fungsi tri-kamera, siri ini turut diiktiraf sebagai peranti pertama menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin jenis ultrasonik yang berupaya membaca kontur 3D pada permukaan fizikal cap jari,” ujarnya.

Malah, ia juga merupakan peranti pertama daripada Samsung yang mempunyai panel skrin jenis Dynamic Amoled yang hadir dengan HDR10+, menjanjikan imej yang lebih dinamik dan realistik di paparan skrin telefon pintar anda.

Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ (128GB) dijual pada harga RM2,699, RM3,299 dan RM3,699 manakala bagi yang mahukan kapasiti lebih besar boleh mendapatkan Galaxy S10+ (512GB) pada harga RN4,599.

SPESIFIKASI

SAMSUNG GALAXY S10

Saiz skrin : 6.1 inci AMOLED

Cip pemproses : Exynos 9820

Memori: 8GB RAM

Storan: 128GB

Kamera : sistem tri-kamera 12MP + 12MP + 16MP, swafoto 10MP

Keselamatan: pengimbas cap jari ultrasonik

Bateri: 3,400 mAh

SAMSUNG GALAXY S10+

Saiz skrin: 6.4 inci AMOLED

Cip pemproses : Exynos 9820

Memori : 8/12GB RAM

Storan : 128GB/512GB/1TB

Keselamatan: pengimbas cap jari ultrasonik, pengecaman wajah 3D

Kamera: sistem tri-kamera utama 12MP + 12MP + 16MP, dwi kamera hadapan 10MP + 8MP.

Bateri: 4,100mAh

SAMSUNG GALAXY S10e

Saiz skrin: 5.8 inci FHD+ AMOLED

Cip pemproses : Exynos 9820

Memori : 6GB RAM

Storan: 128GB

Kamera : 12MP + 16MP, swafoto 10MP

Bateri : 3,100mAh