Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Huawei perkenal cip telefon lebih pantas

richard YU menunjukkan cip baharu bakal digunakan Huawei yang
richard YU menunjukkan cip baharu bakal digunakan Huawei yang mampu memanjangkan hayat bateri telefon pintar sehingga 50 peratus. gambar Android Central

BERLIN 4 Sept. – Huawei mendedahkan telefon pintar baharunya, Mate 10 dan model telefon mewah lain pada masa akan datang menggunakan cip yang lebih berkuasa bagi menyokong pemprosesan dengan pantas dan penggunaan kuasa bateri lebih menjimatkan.

Syarikat pengeluar telefon pintar itu memberitahu, cip Kirin 970 baharu yang akan digunakan, bakal menjimatkan jangka hayat bateri telefon pintar sehingga 50 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Pelanggan Kumpulan Huawei, Richard Yu, pihaknya mahu menggunakan ciri-ciri dikuasakan kecerdasan buatan (AI) seperti pengenal pasti imej dengan lebih cepat dalam usaha bersaing dengan Samsung dan Apple.

Katanya, jenama Huawei ketika ini berada di kedudukan ketiga dunia sebagai pembuat telefon pintar di belakang Samsung dan Apple.

“AI yang dibina ke dalam cip baharu ini boleh membantu te­lefon lebih bersifat peribadi atau menjangkakan tindakan dan kepentingan pengguna.

“Berbanding dengan Samsung dan Apple, kami mempunyai ke­lebihan (dalam perkara ini),” katanya dalam temu bual semasa pameran elektronik pengguna sempena Pameran Internationale Funkausstellung (IFA) tahunan di sini hari ini.

Apple yang bakal melancarkan iPhone 8 pada 12 September ini, memberikan saingan sengit kepada Huawei.

Yu dalam pada itu mengesahkan Huawei akan melancarkan model Mate 10 dan Mate 10 Pro di Munich, Jerman pada 16 Oktober depan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sebarang ciri-ciri baharu model berkenaan, tetapi telefon pintar itu dijangka didatangkan dalam bentuk paparan skrin penuh seperti yang diramal oleh ramai penulis blog teknologi.

“Saya percaya kelajuan cip Kirin 970 dan kuasa rendah akan memberikan telefon Huawei kelebihan melepasi ciri baharu i­Phone 8,” jelas Yu. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain