Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Huawei P10 lasak bergaya

Huaweii P10
Huaweii P10

Rakam detik-detik indah, dramatik tanpa menggunakan kelengkapan khas serta waktu yang sesuai bersama Huawei P10.

Huawei P10 baharu menawarkan imej berkualiti tinggi yang pastinya akan membuatkan anda terpegun.

Baru-baru ini Huawei telah menganjurkan kelas fotografi khas yang dikenali sebagai Photography Masterclass Series yang membawakan penampilan khas jurugambar Edwin Tan dan jurukamera Evert Cheong.

Dalam program tersebut, sesi bengkel merupakan yang pertama daripada empat sesi diadakan oleh Huawei Malaysia.

Setiap sesi menampilkan pakar fotografi yang berkongsi pengalaman dan kemahiran mereka bersama telefon pintar siri baharu Huawei P10.

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus menawarkan kamera berkembar bersama lensa Leica - Leica Dual Camera 2.0 dan Leica Dual Camera Pro Edition.

Kedua-duanya merupakan peranti yang pertama yang menawarkan teknologi muka 3D yang lebih tepat, penambahbaikan potrait dan iluminasi yang lebih dinamik.

Pengguna juga menemui kamera dengan penderia RGB setinggi 12 megapiksel dan penderia monokrom 20 megapiksel.

Jika anda merakamkan gambar di dalam bangunan bersama cahaya lampu cuba tambahkan aplikasi khas yang membolehkan anda menambah bayang-bayang pada muka model yang dirakam.

Huawei P10 juga dilengkapi bersama penderia automatik algoritma yang boleh mengesan perubahan cahaya di sekelilingya dan secara automatik mengubahnya agar lebih menarik untuk dirakam.

Bagi paparan cinematik, anda akan mendapati kamera Huawei P10 dapat memberikan berbezaan yang jelas antara subjek dan latar belakangnya.

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus memiliki kadar bukaan yang luas untuk menghasilkan imej potrait yang terbaik dan artistik.

Bersama kelebihan itu juga pengguna boleh merakamkan imej dengan lebih jelas terang serta warna yang menarik.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Huawei di http://consumer.huawei.com atau akaun Facebook Huawei di www.facebook.com/HuaweiMobileMY.

Spesifikasi Huawei P10

  • Jaringan: GSM / HSPA / LTE.
  • Dimensi: 145.3 x 69.3 x 7 milimeter (mm).
  • Berat: 145 gram (g).
  • Kad SIM: SIM tunggal (Nano-SIM) atau Dual SIM (Nano-SIM)
  • Jenis paparan: IPS-NEO LCD, 16M warna.
  • Saiz paparan: 5.1 inci.
  • Resolusi: 1080 x 1920 piksel.
  • Perlindungan paparan: Corning Gorilla Glass 5.
  • Sistem operasi: Android 7.0.
  • Cip set: HiSilicon Kirin 960.
  • CPU: Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A73 & 4x1.8 GHz Cortex-A53).
  • GPU: Mali-G71 MP8.
  • Kad memori: SD mikro sehingga 256 GB
  • Kamera: Utama, 20 MP + 12 MP, f/2.2, OIS, Optik Leica, autofokus laser, LED berkembar.
  • Kedua, 8 MP, f/1.9.
  • Harga: RM2,129.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain