Telefon bimbit pintar adalah antara gajet keperluan yang sentiasa dibawa ke mana-mana, justeru amat penting peranan reka bentuk bagi membolehkan gajet tersebut sentiasa memenuhi kehendak pengguna.

Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei baru-baru ini memperkenal generasi ketiga Huawei Nova iaitu Huawei Nova 3 dan Nova 3i yang bukan sahaja hadir dengan pakej lengkap hasil rekaan yang canggih malah menepati keperluan pengguna menerusi teknologi kepintaran buatan (AI) yang membolehkan hasil rakaman swafoto mencapai hasil yang terbaik.

Timbalan Pengarah Negara Huawei Malaysia, Matthew Ng berkata, pihaknya sentiasa peka akan keperluan dan perubahan kehendak pengguna membolehkan Huawei menjadi pilihan rakyat di Malaysia.

“Sebanyak 27 peratus pengguna telefon pintar di negara ini memilih dan menggunakan modal keluaran Huawei. Jumlah itu amat memberangsangkan dan saya yakin angka tersebut akan terus meningkat kerana Huawei adalah produk lengkap yang memenuhi kehendak pengguna.

“Kejayaan tersebut termasuk kelebihan teknologi AI yang diperkenal dalam model telefon pintar selain memperkenal pilihan warna yang baharu dalam pasaran,” katanya ketika majlis pelancaran Nova 3 dan Nova 3i di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sementara Pengarah Produk Huawei Malaysia, Luke Au berkata, kelebihan generasi ketiga Nova itu membolehkan pengguna meneroka pengalaman baharu melalui empat kanta kamera AI.

Swafoto AI bukan sahaja merakam wajah secara jelas, malah memenuhi pengalaman fotografi intuitif apabila kedua-dua peranti itu dilengkapi dwikamera depan dengan 24 megapiksel sensor utama dan 2 megapiksel sensor.

Sebagai tambahan, apabila pengguna merakam gambar swafoto, kedua-dua peranti tersebut mampu mengecam lebih 200 senario termasuk langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah yang ditetapkan mengikut pencahayaan dan mod berbeza, sekali gus menghasilkan rakaman yang cantik serta indah.

Lebih menarik, hasil gambar anda tidak akan terganggu walaupun dirakam ketika cahaya yang amat rendah kerana teknologi Huawei Nova 3 dan 3i ini turut dilengkapi HDR Pro yang secara automatik mengesan dan memberi efek terbaik bagi foto yang dirakam dalam cahaya yang samar-samar.

Sebagai tambahan kepada keriangan, pengguna juga boleh bersuka ria aplikasi AR Sticker serta emoji yang comel.

Menyedari kebanyakan pengguna menghabiskan kebanyakan masa bersama gajet, rekaan reka bentuk hasil gabungan logam dan kaca serta melalui teknologi tercanggih membolehkan pegangan terhadap alat telekomunikasi itu begitu lembut apabila dipegang.

Nova 3 mula dipasarkan bermula 17 Ogos sementara Nova 3i berada di pasaran pada 28 Julai lalu. - AQILAH MIOR KAMARULBAID

SPESIFIKASI HUAWEI NOVA 3

Saiz : 157 X 73.7 X 7.3 mm
Berat : 166 g
Paparan: 6.3 inci
Resolusi : 1080 X 2340
Prosessor: Huawei Kirin 970
Kamera : 16 + 24 megapiksel
Bateri: 3,750 mAh
Warna: Biru, merah, emas dan hitam
Harga :
RM1,899

SPESIFIKASI HUAWEI NOVA 3i

Saiz : 157.6 x 75.2 x 7.6 mm
Berat : 169 g
Paparan:
6.3 inci
Resolusi : 1080 x 2340 piksel
Prosessor: Huawei Kirin 710
Kamera : 16 + 2 megapiksel
Bateri: 3340 mAh
Warna: Biru, hitam, dan putih
Harga : RM 1,249