Pembaharuan terbesar model berkenaan adalah kamera hadapannya sebesar 20 megapiksel, dwi kamera belakang dan menggunakan sistem operasi terkini Android 7.0 Nougat.

Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus menerima kemasan berwarna krom dengan lima pilihan warna iaitu hijau, hitam ros, hitam, emas dan biru serta mempunyai pengesan cap jari yang terletak di bahagian belakang.

Nova 2 menyokong penggunaan dua kad sim dan mempunyai paparan skrin lima inci sokongan penuh definisi tinggi (HD) yang mampu memberi paparan sebesar 1080x1920 piksel. Nova 2 menggunakan 2.36 gigahertz (GHz) pemprosesan Kirin 659 bersama RAM4GB serta mempunyai memori dalaman sebesar 64GB.

Dwi kameranya belakang terdiri daripada lepan megapiksel dan 12 megapiksel dengan sensor f/1.8 aperture bagi tujuan penggambaran sudut lebih luas dan sempurna. Kamera hadapan dipertingkat dengan pencahayaan pintar membolehkan swafoto dalam keadaan kurang cahaya.

Nova 2 didatangkan dengan bateri berkapasiti 2950mAH dengan sokongan pengecasan pantas, Bluetooth dan capaian internet 4G LTE.

Sementara itu, Nova 2 Plus mempunyai rekaan dan spesifikasi yang hampir sama dengan Nova 2 kecuali mempunyai paparan 5.5 inci sokongan penuh definisi tinggi dan kapasiti bateri sebesar 3340mAH.

Huawei Nova 2 berharga CNY2,499 (RM1,555) sementara Nova 2 Plus berharga CNY2,899 (RM1,800) dan boleh didapati di pasaran bermula 16 Jun depan. – AGENSI