Peranti itu hadir dengan rekaan yang tampak esklusif dan menawan dengan ciri-ciri menarik yang dipertingkatkan.

Menyedari aliran semasa bagi penggemar swafoto, peranti itu turut dilengkapi kamera beresolusi 24MP dengan sokongan 3D Portrait Lighting yang kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ketuanya, Zhao Zhiwei berkata, rekaan bergaya ini dilancarkan bersempena tahun baharu sebagai permulaan yang baik untuk peminat-peminat telefon pintar jenama itu di Malaysia.

“Ia dilengkapi siri warna yang unik dan menarik selari dengan perkembangan semasa.

“Selain itu ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,400mAh selain menggunakan antaramuka EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie untuk pengalaman pengguna yang lebih baik,” katanya.

Terdapat empat pilihan warna menarik iaitu sky blue dan midnight black untuk versi 3GB/32GB pada harga RM749 manakala warna sapphire blue dan shiny red untuk versi 3GB/64GB pada harga RM799. – INTAN SUHANA CHE OMAR