Keluarga Honor siri N ini membolehkan pengguna menyentuh dan merasai sendiri elemen artistik melalui rekaan yang diperbuat daripada 15 lapisan kaca pada bahagian belakang yang menyerlahkan keceriaan dari setiap sudut dan membenarkan cahaya semula jadi memantulkan pelbagai warna.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei, Honor 10 direka menggunakan teknologi Segmentasi Imej Semantik kerana memahami kehendak pengguna yang gemarkan fotografi terutama generasi digital.

Kamera yang dikuasakan dengan kepintaran buatan (AI) dapat mengesan lebih 500 objek daripada 22 kategori jika anda melancong ke luar negara tanpa perlu menbawa kamera kamera digital lensa tunggal (DSLR) untuk mengambil gambar landskap yang cantik.

 

“Dikuasakan dengan teknologi AI, Honor 10 mampu mengubah jurugambar amatur menjadi profesional dengan penggunaan lens dwikamera 24MP + 16MP.

“Ia sememangnya mengujakan dan dicipta serta direka khas bagi peminat fotografi,” jelasnya.

Honor 10 dijual dengan harga RM1,699. Walau bagaimanapun, bermula hari pertama jualan iaitu 24 hingga 31 Mei ini ia akan dipasarkan dengan harga promosi iaitu RM1,599.