Dengan harga mampu milik iaitu RM749, model yang didatangkan dengan empat kamera ini dikira mampu menarik perhatian peminat swafoto yang inginkan peranti bercirikan kamera sempurna.

Dengan tema E9ually Beautiful, Honor 9 Lite menampilkan sokongan empat kamera iaitu kombinasi dua lensa beresolusi 13 megapiksel (MP) + 2 MP untuk kamera utama, dan juga 13 MP + 2 MP untuk kamera swafoto.

Sudah pasti gajet ini sangat bertepatan dengan trend terkini masyarakat yang gemar mengabdikan saat-saat indah pada skrin telefon pintar masing-masing.

Ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei berkata, pembelian boleh dilakukan bermula 9 Mac lalu di laman web Shopee Malaysia dengan harga promosi iaitu hanya RM699 untuk hari pertama jualan sahaja.

“Bukan itu sahaja, seramai 150 pembeli terawal juga menerima barangan kecantikan Maybelline bernilai RM50 secara percuma.

“Honor sentiasa akan meneruskan pengalaman yang menyeronokan terhadap pengguna dan model terbaru ini pasti akan menjadi rakan swafoto terbaik buat anda,” katanya pada pelancaran model telefon pintar tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho menjelaskan, pihaknya berharap kerjasama antara Shopee dan Honor Malaysia mampu memperolehi sambutan yang memberangsangkan seiring dengan aliran semasa penggemar gajet yang semakin cenderung membuat pembelian dalam talian.

Dalam pada itu, laporan menyebut pada Jumaat lepas, sebanyak 500 unit telefon pintar habis dijual dalam masa lima minit sahaja.

Ini menunjukkan bahawa jenama Honor berjaya di negara ini dengan pelantikan Shopee, sebagai rakan strategik.

Dalam pada itu kempen berkenaan juga diteruskan pada sebelah petangnya bagi sesi kedua dan kira-kira 1,000 unit ditawarkan pada harga RM699.

SPESIFIKASI

Paparan : 5.65 inci (2160 x 1080)
Dimensi : 151 mm x 71.9 mm x 7.6 mm
Berat: 149 g (termasuk bateri)
Sistem operasi : Android 0+EMUI8.0
Prosessor : Huawei Kirin 659
Bateri : 3000 mAh
Memori : ROM 32 GB, RAM 3GB
Kamera : Kamera depan dan utama, 13 MP + 2 MP
Sambungan : 2G, 3G, 4G
Penderia : Cap jari
Warna : Biru dan kelabu