Justeru, V7+ adalah telefon pintar yang berasaskan fungsi swafoto.

Ia mencerminkan misi Vivo dalam memperkasa ekspresi kendiri dalam kalangan generasi yang seterusnya. Ia memaparkan pelbagai teknologi canggih dalam semua aspek, bermula dari kamera depan, rakaman gambar sehinggalah galeri, seterusnya membolehkan pengguna yang celik media mencipta serta berkongsi memori yang paling menarik.

Duta Vivo V7+, Janna Nick berkata, sebagai pengguna telefon pintar yang aktif, memiliki telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting baginya.

“Dengan adanya paparan FullView serta kamera depan 24MP, Vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini.

“Bukan sahaja V7+dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” ujarnya.

Tiada lagi gambar dan selfie kabur dengan V7+ melambangkan keagungan Vivo sebagai pelopor swafoto sempurna dengan kamera depan 24MP yang unggul berserta flash LED bagi menghasilkan selfie yang berimej tajam dan jelas.

Menerusi warna yang semula jadi, kontras yang baik serta latar belakang yang jelas, V7+ menjanjikan detik memori yang jelas lagi menarik.

Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi. Contohnya, ciri Face Beauty 7.0 dapat mencerah dan menghasilkan rona warna kulit yang lebih seimbang walaupun dalam keadaan gelap. Portrait Mode dalam V7+ pula mengaburkan latar belakang demi mendapatkan kontras yang lebih tajam dan visual yang lebih tajam bagi menghasilkan selfie yang bergaya.

Pengalaman cinematik yang mengujakan dengan Paparan FullView.

V7+ dilengkapi Paparan FullView 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5 peratus, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional.

Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang mampu menghalang panggilan dan mesej bagi menjamin pengalaman permainan (gaming) video tanpa gangguan.

Qualcomm octa-core CPU dan 4 GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna.

Berdasarkan tradisi Vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkat lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa.

Di samping itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekali gus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.

Spesifikasi :

  • Jaringan: 2G & 3G & 4G
  • SIM: Kembar SIM (Nano-SIM, tunggu sedia)
  • Dimensi: 155.9 x 75.8 x 7.7 mm
  • Berat: : 160 g
  • Sistem operasi: OS: Android 7.1 (Nougat)
  • CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 450
  • Internal: 64 GB, 4 GB RAM
  • Memoro luaran: microSD, sehingga 256 GB
  • Bateri : Li-Ion 3225 mAh
  • Warna : Emas dan hitam
  • Harga; RM1,499