Dilengkapi dengan S Pen, tablet ini direka agar pengguna dapat merasa dan menulis seperti menggunakan pen kegemaran anda, selain menyediakan penggunaan serba boleh sebagai alat produktiviti tanpa perlu mengecas semula.

Ketua Perniagaan Mobile Samsung Malaysia, Hosea Heen berkata, dalam dunia moden hari ini, pengguna mencari tablet yang mampu melakukan lebih banyak perkara dengan kemudahan peranti mudah alih.

“Pengguna mengharapkan tablet mereka dapat berfungsi mengikut gaya hidup.

“Galaxy Tab S3 adalah peranti yang direka dengan teliti apabila memenuhi ciri-ciri serba boleh dan fungsi yang menyediakan pengalaman penggunaan dinamik.

“Tablet ini melambangkan komitmen Samsung untuk mengembangkan portfolio tablet dengan teknologi premium dan menyampaikan yang terbaik tidak kira dalam bentuk hiburan mahupun produktiviti untuk kegunaan di rumah, tempat kerja atau di mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Reka bentuk yang minimum dan halus menjadikan peranti ini lebih versatil. S Pen pula memiliki hujung 0.7 mm yang lebih kecil dan kepekaan terhadap tekanan ditambah berbanding model sebelum ini, selain dihadirkan dengan ciri-ciri Screen Off Memo untuk mencatat nota, PDF Annotation untuk mengedit dengan lebih mudah dan lukisan tahap profesional menerusi Advance Drawing Tools.

Lebih menarik, Galaxy Tab S3 adalah tablet Samsung pertama yang dihadirkan dengan stereo pembesar suara AKG di setiap sudut perantinya. Fungsi Auto Rotate Stereo pula membolehkan tablet mengubah hala bunyi berdasarkan orientasi, mewujudkan pengalaman bunyi yang lebih tepat dan konsisten.

Menawarkan paparan Super AMOLED 9.7 inci dengan sokongan video HDR, Galaxy Tab S3 memberikan kepuasan dengan paparan yang jelas dengan warna sebenar.

Selain itu, Samsung turut memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna peranti ini apabila menyediakan hiburan mudah alih ke tahap seterusnya, memberikan pengalaman seakan pawagam dengan paparan video 4K.

Galaxy Tab S3 boleh didapati di semua pengedar sah Samsung seluruh negara termasuk rakan-rakan e-dagang Lazada dan 11street bermula 1 Jun lalu.

Ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan perak untuk disesuaikan dengan cita rasa moden, tablet versatil ini dijual pada harga runcit RM2,999 termasuk enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Spesifikasi

  • Paparan: 9.7” Super AMOLED QXGA (2048 x 1536)
  • Memori: 4 GB + 32 GB | microSD up to 256 GB
  • Kamera: 13 MP AF + 5.0 MP, Flash
  • Dimensi: 237.3 x 169.0 x 
6.0 mm
  • Berat: 434 g
  • Bateri: 6,000 mAh, cas pantas
  • Sistem Operasi: Android 7.0
  • S Pen: 9.4 mm diameter, 0.7 mm pen tip, Pressure Sensor Level 4,096