Naib Presiden, Unit Perniagaan Mudah Alih & IT Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata, sebagai tambahan bagi warna berkenaan, Samsung Galaxy S7 edge 32GB turut ditawarkan dalam lima warna pilihan, Black Onyx, Gold Platinum, Silver Titanium, Pink Gold dan Blue Coral pada harga RM3,099.

Black Pearl direka menjadi sebuah telefon pintar moden dan menarik, sesuai bagi mereka yang suka meneroka trend terkini dengan kemasan berwarna hitam meliputi keseluruhan peranti berkenaan, menambahkan lagi sisi elegan bagi rekaan berasaskan kaca yang ditampilkan.

“Samsung Galaxy S7 edge 128GB dalam Black Pearl adalah edisi baharu yang diwujudkan untuk pengguna zaman moden suka bergaya bagi melengkapi personaliti penggunanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Varian tersebut juga dilengkapi ruang simpanan memori luaran yang menyokong sehingga 256GB melalui slot microSD.

“Dengan ruang simpanan yang lebih besar, pengguna kini boleh menyimpan dan menonton filem kegemaran mereka di mana-mana sahaja,” katanya.