Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Galaxy Note 8 mungkin dilancar Ogos

 2

SEOUL 29 Jun – Gergasi teknologi, Samsung Electronics Co. Ltd. merancang untuk melancarkan telefon pintar siri Galaxy Note terbaharu, Galaxy Note 8, dalam satu majlis di New York pada penghujung Ogos depan.

Menurut sumber, Galaxy Note 8 bakal hadir dengan paparan melengkung yang sedikit besar berbanding versi paparan 6.2 inci dalam telefon pintar Galaxy S8.

Katanya, te­lefon berkenaan juga a­kan dilengkapi dengan ciri teknologi terbaik selain mempunyai dua kamera belakang se­perti yang terdapat dalam telefon pintar keluaran pesaingnya.

“Galaxy Note 8 jelas me­rupakan penambahbaikan kepada Note 7 sebelum ini yang dilengkapi dengan paparan melengkung 5.7 inci dan satu kamera belakang,” katanya kepada Reuters di sini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lebih lanjut mengenai telefon berkenaan termasuk harga manakala jurucakap Samsung Electronics enggan me­ngulas perkara tersebut.

Samsung terus menunjukkan minat untuk mengeluarkan siri premium Note walaupun selepas kegagalan Galaxy Note 7 yang terpaksa dihentikan jualan di seluruh dunia hanya kira-kira dua bulan selepas pelancaran Oktober tahun lalu di­sebabkan kebakaran bateri.

Kehadiran Galaxy S8 yang mula dijual April lalu menerima sambutan menggalakkan sekali gus menunjukkan syarikat berkenaan mendapat semula rentak dengan tiada kejadian kebakaran bateri melibatkan S8 dilaporkan.

Penganalisis meramalkan peranti berkenaan menjadi platform penting untuk melonjakkan keuntungan terbaik syarikat bagi April hingga Jun.

Counterpoint Research menjangkakan Samsung kembali me­rampas kedudukan pertama sebagai pengeluar telefon pintar global pada suku pertama selepas dipintas oleh pesaing terdekat, Apple Inc. pada suku sebelumnya. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain